Friday, 8 October 2010
15:46
Labels:
Isu Semasa
,
0
comments
Sungguh mengecewakan! Itulah perpatah yang sesuai diucapkan bila wartawan PMIMSU@online mendapat tahu bahawa konsert Adam Lambert akan dianjurkan pada 14 October ini di Stadium Putra. Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah penyanyi yang berasal dari Amerika Syarikat ini. Dia merupakan penyanyi yang gemar melakukan perkara-perkara lucah ketika mengadakan konsert nyayian dan menurut sumber yang boleh dipercayai, dia juga merupakan seorang gay.
Gambar ini mungkin tidak sesuai dilihatMengulas perkara ini, wartawan PMIMSU@online telah bertemu dengan saudara Presiden, Halim untuk mendengar pendapat beliau.
" Saya (masih lagi) hairan, kenapa konsert yang melibatkan artis Barat seperti contoh Adam Lambert selalunya mudah untuk diterima masuk tanpa sekatan dari mana-mana pihak. Bahkan artis yang dibawa masuk kali ini juga merupakan artis yang teruk dari segi perangainya, kerana dia boleh mempengaruhi anak-anak muda terutama Muslim untuk mengikutinya (gejala gay)."
Tambah beliau lagi, "kerajaan sepatutnya 'alert' dengan perkara sebegini. Dengan status kononnya negara Islam, tindakan membenarkan konsert liar ini akan mencemarkan Malaysia pada kaca mata dunia Islam itu sendiri. Lupakah apa yang telah terjadi pada kaum Nabi Luth yang mengamalkan gejala seks songsag? Kita tidak mahu bala menimpa kepada semua rakyat Malaysia.".
"Sepatutnya kerajaan menyokong artis yang membawa konsep ketuhanan seperti Maher Zain yang sukar mendapat tajaan untuk datang ke negara kita, berbanding membawa artis liar untuk berhibur" kata beliau dengan nada sinis.
Wartawan@online juga mendapat maklumat bahawa Adam Lambert telah menyertai America Idol tetapi telah kalah kerana rata-rata penduduk Amerika sendiri tidak dapat menerima kehidupan Gaynya. Jikalau penduduk Amerika sendiri menolak Adam Lambert, apakah kita yang bangga digelar negara Islam sanggup menerima kunjungan pembawa bala ini?
Kami berharap kerajaan menimbang semula pemberian lesen kelulusan konsert ini, jikalau tidak, kami akan terus mengadakan bangkangan agar negara kita bebas dari gejala hedonisme yang tidak bermanfaat khususnya kepada umat Islam negara ini.